Sunday, October 30, 2011

Kem Ceria Rehlah minda 2 -29-30 Oktober 2011

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT akhirnya kem rehlah minda 2 berjaya hingga ke penghujungnya. Walaupun pada mulanya perasaan kami tenaga kerja MAC sangat cuak dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan, tenaga kerja yang berkurang dan bilangan peserta bertambah di hari-hari terakhir. Namun akhirnya dengan restu dan rahmatNya kem ini berjaya dilaksanakan.

Pengalaman pahit manis, suka dan duka selama dua hari melayan keletah anak-anak membuatkan kami tenaga kerja MAC merasa puas. Puas bila melihat anak-anak pulang dengan perasaan ceria dan gembira. Namun terpalit juga kesedihan di hati kami melepaskan anak-anak yang kami didik selama dua hari. Adakah berkesan ilmu yang kami ajar atau mereka akan tinggalkan segalanya di MAC sahaja. Doa kami semoga Allah membuka jalan untuk mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Kami akui anak-anak tidak akan berubah dalam masa dua hari satu malam sahaja...Ada ibubapa yang menghantar anak ke KEM dan berharap anak akan berubah. Itu adalah sesuatu yang mustahil. Proses mendidik anak-anak bukan berlaku dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Tetapi selama-lamanya. Dan peranan mendidik perlu dimainkan oleh semua pihak.

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada ibubapa yang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghantar anak-anak ke MAC. Satu tindakan yang positif sebenarnya. Anda semua adalah parent yang hebat!!!! ramai lagi di luar sana tidak menyedari kepentingan program seperti ini. Mereka sanggup membiarkan masa anak-anak dihabiskan di hadapan komputer, video game, televisyen, bercampur dengan kawan-kawan tanpa pantauan daripada melakukan sesuatu yang positif untuk anak-anak mereka. Sebagai ibubapa kita perlu akui yang anak-anak terutama yang meningkat remaja, penuh dengan tenaga. Mereka tidak tahu ke mana nak digunakan tenaga yang ada sebaik yang mungkin.. Sekiranya tidak disalurkan kepada sesuatu yang positif, maka sudah pasti perkara-perkara negatif akan membelit diri mereka. Maka kesannya akan bertambahlah masalah sosial. Sudah pasti sebagai ibubapa tidak mahu masalah seperti ini berlaku.

Alhamdulillah sepanjang program yang kami jalankan kami terapkan konsep dakwah secara targhib melalui empat unsur penting iaitulah kasih sayang, ketegasan, kegembiraan dan juga penghargaan... Semoga program seperti ini akan memberikan kemanfaatan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan juga anak-anak.Insya Allah

No comments:

Post a Comment