Sunday, October 30, 2011

Kem Ceria Rehlah minda 2 -29-30 Oktober 2011

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT akhirnya kem rehlah minda 2 berjaya hingga ke penghujungnya. Walaupun pada mulanya perasaan kami tenaga kerja MAC sangat cuak dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan, tenaga kerja yang berkurang dan bilangan peserta bertambah di hari-hari terakhir. Namun akhirnya dengan restu dan rahmatNya kem ini berjaya dilaksanakan.

Pengalaman pahit manis, suka dan duka selama dua hari melayan keletah anak-anak membuatkan kami tenaga kerja MAC merasa puas. Puas bila melihat anak-anak pulang dengan perasaan ceria dan gembira. Namun terpalit juga kesedihan di hati kami melepaskan anak-anak yang kami didik selama dua hari. Adakah berkesan ilmu yang kami ajar atau mereka akan tinggalkan segalanya di MAC sahaja. Doa kami semoga Allah membuka jalan untuk mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Kami akui anak-anak tidak akan berubah dalam masa dua hari satu malam sahaja...Ada ibubapa yang menghantar anak ke KEM dan berharap anak akan berubah. Itu adalah sesuatu yang mustahil. Proses mendidik anak-anak bukan berlaku dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Tetapi selama-lamanya. Dan peranan mendidik perlu dimainkan oleh semua pihak.

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada ibubapa yang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghantar anak-anak ke MAC. Satu tindakan yang positif sebenarnya. Anda semua adalah parent yang hebat!!!! ramai lagi di luar sana tidak menyedari kepentingan program seperti ini. Mereka sanggup membiarkan masa anak-anak dihabiskan di hadapan komputer, video game, televisyen, bercampur dengan kawan-kawan tanpa pantauan daripada melakukan sesuatu yang positif untuk anak-anak mereka. Sebagai ibubapa kita perlu akui yang anak-anak terutama yang meningkat remaja, penuh dengan tenaga. Mereka tidak tahu ke mana nak digunakan tenaga yang ada sebaik yang mungkin.. Sekiranya tidak disalurkan kepada sesuatu yang positif, maka sudah pasti perkara-perkara negatif akan membelit diri mereka. Maka kesannya akan bertambahlah masalah sosial. Sudah pasti sebagai ibubapa tidak mahu masalah seperti ini berlaku.

Alhamdulillah sepanjang program yang kami jalankan kami terapkan konsep dakwah secara targhib melalui empat unsur penting iaitulah kasih sayang, ketegasan, kegembiraan dan juga penghargaan... Semoga program seperti ini akan memberikan kemanfaatan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan juga anak-anak.Insya Allah

Monday, May 23, 2011

Program tautan kasih - (14-15 Mei 2011)

Balik sahaja dari Tiong Kok, kesibukan sekali lagi melanda diri. Belumpun hilang penat berjalan, sekali lagi sibuk dengan program bersama anak-anak yatim.” Rumah Amal Limpahan Kasih.” Saya meneruskan harapan hubby yang teringin sekali membuat program bersama anak-anak yatim. Berhempas pulas mencari sumbangan sana sini, dibantu oleh anak-anak didik dan sahabat tersayang, akhirnya Program yang selama ini diidam2kan menjadi kenyataan “Program Tautan Kasih” Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Ilahi di atas rahmat dan kesimpatan yang diberikan.

Para peserta sedang enak menjamu selera.

Hidangan masakan ala kampung- Terbaik dari ladang MAC

Saya juga bersyukur di atas anugerah Ilahi di atas kesudian bekas pelajar saya membantu untuk program ini antaranya daripada IMU-Nurul Sakinah dan Amir Nazri- Monash University- Ikhwan Zubir, Diana, Hazirah, Ashraf dan juga Alia Sakinah- KTT- Norela, Siti Nor Ain, Isma Khaldun dan Syazani, Daripada Sunway University- Mohd Safwan Hakim, Asyraf, Hazman Shamil, Amir Aroon dan tak lupa juga Maryam (kak yam).Untuk Sahabat Saya Puan Nadia Yusoff dan suaminya En Mazlan, Puan Nur Salina Yin Abdullah (Ivvone) dan suaminya En Lokman Sabar yang turut sama berganding bahu sehati sejiwa membantu melumaskan misi dan tugas ini. Suami saya en Azid Amat dan pasukannya yang tak pernah mengenal erti penat membantu untuk menyiapkan persiapan untuk program ini berjalan lancar. Tanpa kalian semua pasti mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Semoga apa yang kita usahakan mendapat pengiktirafan dari yang Maha Pencipta.

Para faci yang sentiasa tersenyum

Mengenali diri anak-anak yatim ini amat meruntum hati dan perasaan saya. Baru saya tahu tak semua anak-anak yang datang hari ini adalah anak yatim. Ada di antaranya anak terbiar, yang mak dah ayahnya bercerai dan ada juga di antara mereka yang tak tahu nak mana, ada juga di kalangan mereka yang datangnya dari keluarga miskin, iaitu asnaf dan terpaksa tinggal di Rumah Amal Limpahan Kasih kerana ibubapa tak mampu untuk menyara anak mereka. Dan ada di kalangan mereka yang kematian ayah ataupun ibu.

Seorang pelajar saya bertanya kepada saya “ustazah.. bolehkah kita bertanya tentang peribadi mereka? Saya takut mereka terasa dan sedih?”Saya tersenyum dan terdiam seketika. “Sebenarnya mereka sangat memerlukan kasih sayang, dan sangat memerlukan seseorang mendekati mereka. Kalau kita pandai mengambil hati dan mendekati mereka insya Allah mereka akan datang kepada kita. Kita tidak akan mengenali seseorang itu secara dekat sekiranya kita tidak mengetahui asal usul mereka” Saya memberikan jawapan.Pelajar saya menganggukkan kepada tanda setuju.

Saya kesihan melihat mereka.Ada di antara anak-anak ini langsung tidak ada semangat untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh sekiranya program bermula pukul 11.00. Ramai di kalangan mereka masih lagi tidak bergerak dan berjalan perlahan sahaja menuju ke dewan. Tidak macam program2 yang saya kendalikan sebelum ini.. Pantas dan berdisiplin. Begitu juga kalau Faci menyuruh melakukan sesuatu, sangat lambat mereka memberi respon. Tahukah anda mengapa hal Ini terjadi. Kuncinya cuma satu. “Mereka kekurangan kasih sayang”.

Melalui program2 kami yang kami jalankan kami cuba menyemai rasa sayang di dalam diri anak-anak. Tidak ada kekerasan dan tidak ada modul yang menengking dan mengarah sana sini. Bersyukur juga dengan team Faci yang saya ada, Kami bagaikan satu keluarga. Program2 yang kami jalankan mengeratkan hubungan sesama peserta dan juga AJK. Walaupun program kami berbentuk santai , kami cuba menerapkan mesej melalui aktiviti yang kami jalankan. Program ini diramsmikan oleh Ustaz Indera Shahril daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Skill hunt 1- mengajar anak-anak membuat lepat pisang

Skill hunt 2: Mengajar anak-anak mencetak baju

Program kami bermula dengan aktiviti skill-hunt. Anak-anak lelaki diajar print baju. Manakala anak-anak perempuan diajar membuat kuih lepat. Aktiviti ini selain daripada mengajar skill untuk mereka, ia juga merupakan aktiviti untuk membuatkan mereka selesa dengan suasana di situ. Masing-masing bersemangat melakukan aktiviti. Selepas solat asar, aktiviti sukan rakyat dimulakan. Permainan seperti bowling kelapa, susun batu bata dan juga tarik tali bermula selepas itu diakhiri dengan mandi sungai. Anak-anak kelihatan begitu seronok.


Tarik tali: Barisan AJK dan Faci berlawan dengan anak-anak RALK

Anak-anak yang tengah bersemangat

Susun batu bata

Malam persembahan

Aktiviti malam bermula dengan BBQ sosej dan juga roti untuk dimakan bersama stew kambing.Selepas itu diikuti dengan persembahan anak-anak yatim. Faci bertungkus-lumus memberikan tunjuk ajar. Mereka sangat lambat menerima arahan.Berkat kesabaran Faci akhirnya program ini berjaya juga dijalankan. Selepas itu slot motivasi bermula diakhir malam dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Muas dari ETC, training and Consultancy.

Aktiviti Briskwalk- Mendaki menara Impian

Pagi keesokkan harinya, selepas aktiviti Briskwalk menghirup udara segar di hutan, kami menjalankan aktiviti bertani.Saya sendiri bersama anak-anak memetik cili di tengah panas terik. Peluh menitis membasahi baju. Kami dibakar sinar mentari. “Ustazah! Penatkan jadi seorang Petani” Seorang anak bersuara kepada saya. Saya tersenyum dan menjawab. “ Ya Penat.. sebab itu kita kena bersyukur dengan keadaan kita sekarang, kerana masih lagi mempunyai peluang untuk tidak menjadi petani. Belajar rajin2, dapat markah yang cemerlang, Insya Allah masa depan kita terjamin. Boleh bekerja dalam air-cond dan duduk di atas kerusi empuk.” Sekumpulan anak2 yang mengekori saya mengangguk-anggukan kepala tanda setuju.”Tapi Ustazah tak penat ke buat semua ni?” Tanya mereka lagi. “Kalau kita buat sesuatu biar ada matlamat. Siapa kata tak penat buat kerja tengah-tengah panas macam ni. Ustazah buat sebab nak merasa kehidupan sebagai seorang petani. Betapa penatnya dia orang bekerja, bertungkus lumus mencari rezeki untuk memberi makan pada diri sendiri dan juga orang lain. Kalau kita tidak duduk dalam keadaan dia orang, kita tidak akan merasa susahnya mereka…” Mereka sekali lagi mengangguk-angguk tanda setuju. Jauh di hati saya lega.. ada mesej yang boleh disampaikan kepada mereka.Setelah berpeluh-peluh dengan aktiviti bertani, mereka saya lepaskan untuk mandi sungai dengan dikawal oleh faci masing-masing.


Aktiviti betani: Menjemur cili untuk dibuat cili kering


Anak-anak riang memberi kambing makan


Aktiviti seterusnya adalah slot hati ke hati. Aktiviti mendengar suara hati mereka. Pada mulanya mereka agak malu untuk bercakap. Akhirnya setelah diberi rangsangan mereka akhirnya bercakap juga.Hati saya puas mendalami isi hati mereka, walaupun tak semuanya namun cukup memberikan pengajaran dan teladan kepada saya dan juga faci-faci yang lain.

Akhirnya program kami berakhir ke sesi penutup. Setelah menyampaikan hadiah kepada anak-anak. Kami sama-sama mengalunkan irama nasyid. Walaupun sebentar sahaja program ini, namun banyak yang terkesan dijiwa. Syukur Alhadmulillah di atas pengalaman dan kenangan..